Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Demonstrasi Bot Peronda Laju Perikanan di Pangkalan Perikanan Wilayah 1 Santubong. Foto: TVS

Jabatan Perikanan Malaysia Sarawak terima tiga bot peronda laju

KUCHING, 16 Okt: Sarawak masih memerlukan lebih banyak aset bagi membantu operasi Jabatan Perikanan Malaysia (Sarawak) di perairan ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perikanan Malaysia, Bohari Leng berkata jumlah sedia ada masih belum mencukupi untuk menjaga perairan Sarawak yang luas.

“Secara umumnya kalau ikut agensi, kita memerlukan tambahan kapal, (ketika ini) kita bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin untuk menjaga perairan laut Sarawak seluas 172,000 kilometer (km) persegi.

Jabatan Perikanan Malaysia cadang bina pangkalan baharu di Bintulu

“Berikutan tiga agensi ini menjalankan operasi bersama, kita yakin dapat mengawal perairan Sarawak daripada pencerobohan bot nelayan asing dan juga pengawal selia kepada aktiviti bot nelayan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis penyerahan tiga bot peronda laju Perikanan di Pejabat Perikanan Wilayah 1 Santubong di sini hari ini.

Menurut Bohari, setakat ini Jabatan Perikanan Malaysia Sarawak memiliki 12 aset laut melibatkan empat kapal ronda dan lapan bot peronda laju yang ditempatkan di Santubong, Tanjung Manis, Lawas, Miri dan Mukah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan