Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Sungai Kayan di Manjung hari ini. Foto: APM Manjung

Dua saudara mati lemas bot dinaiki karam

IPOH, 16 Okt: Dua lelaki bersaudara yang dilaporkan hilang sejak semalam ketika menaiki bot sambil menunda sampan di Sungai Kayan, Manjung ditemui mati lemas hari ini.

Mayat mangsa yang masing-masing berusia 34 tahun, Mohd. Amirul Azril Mohd Shafiee dan sepupunya, Mohamad Afandy Mamosati ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 8.20 pagi dan 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai dua lelaki hilang semasa menaiki bot selepas keluar dari rumah kira-kira 1.30 petang semalam.

Ujar beliau, mereka dikatakan menyelusuri sungai itu untuk membawa balik sampan milik bapa salah seorang mangsa dari Kampung Sungai Tiram di Sitiawan ke Pengkalan Kota Setia di Kampung Gajah.

“Kira-kira sejam kemudian, isteri kepada salah seorang mangsa meminta orang awam untuk mencari suaminya selepas mereka gagal dihubungi.

“Bagaimanapun, pencarian awal orang awam hanya menjumpai sampan yang dinaiki mangsa kira-kira pukul 3.30 petang semalam di sekitar Sungai Kayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan komuniti nelayan menjalankan operasi SAR sejak pagi hari ini selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

“Mayat kedua-dua mangsa yang ditemui di perairan Sungai Kayan kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk urusan bedah siasat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan