KUCHING, 16 Okt: Seekor buaya dianggarkan sepanjang tiga meter yang sesat dalam longkang di kawasan perumahan Tabuan Jaya Baru berjaya ditangkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada 6.55 petang.
“Setibanya di situ, pasukan bertindak menangkap buaya itu dan membawa pulang ke balai.
Baju dan parang milik mangsa dipercayai dibaham buaya ditemui
“Buaya itu kemudian diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut,” jelas PGO.
Video operasi berkenaan turut tular di media sosial. -TVS