Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

2,680 hektar kawasan di Sarawak berpotensi untuk pembangunan estet padi

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sebanyak 2,680 hektar tanah di Sarawak berpotensi untuk pembangunan estet padi.

Katanya, beliau telah mengadakan perundingan bersama Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak bertujuan merealisasikan objektif untuk membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk menjamin keselamatan makanan negara dan meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara.

”Kedua-dua Wilayah telah memberikan respon yang amat positif terhadap cadangan ini. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan bersama Jawatankuasa Teknikal di kedua-dua wilayah.

”Sehingga kini, jumlah keluasan kawasan berpotensi yang sesuai untuk pembangunan estet padi adalah seluas 4,839 hektar iaitu masing-masing 2,159 hektar di Sabah (yang bertumpu di Daerah Beluran dan Kota Belud) dan 2,680 hektar di Sarawak (yang bertumpu di Daerah Batang Lupar),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang meminta Zahid menyatakan secara terperinci lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, jumlah kawasan yang dikenalpasti ialah di Sarawak adalah 5,000 hektar tetapi hanya 2,680 sahaja yang bersesuaian akibat masalah tanah gambut dan peruntukkan akan diberikan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tambahnya, kementeriannya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi dan kementerian lain yang berkaitan untuk memastikan pembangunan estet padi di Sabah dan Sarawak dilaksanakan.

“Kita tidak lagi bekerja secara ‘silo’ terutamanya berkaitan pengairan, pembajaan dan naik taraf estet padi. Kita telah menggunakan teknologi baharu seperti dron untuk pembajaan dan penanaman benih.

Ujarnya, secara keseluruhan kerajaan akan memajukan tanah seluas 4,839 hektar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan kawasan penanaman padi.

Untuk rekod, FELCRA telah memajukan seluas lebih daripada 4,500 hektar tanaman padi di Seberang Perak yang telah menghasilkan purata produktiviti sebanyak lima metrik tan sehektar semusim atau 22,500 metrik tan semusim dan pengeluaran tahunan padi di Seberang Perak adalah 45,000 metrik tan setahun.

Estet padi Seberang Perak telah dapat memberikan manfaat kepada 1,035 peserta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan