Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza. Foto: AFP

WHO kutuk tindakan Israel arah hospital di Gaza pindahkan pesakit

ByBernama

GENEVA, 15 Okt: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza.

300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

WHO menegaskan pemindahan secara paksa pesakit dan petugas kesihatan akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan kesihatan awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kemudahan kesihatan di kawasan itu terus menerima kemasukan pesakit meskipun bergelut untuk beroperasi melebihi kapasiti maksimum dan sesetengah pesakit terpaksa dirawat di koridor berikutan kekurangan katil.

WHO berkata tindakan memaksa lebih 2,000 pesakit berpindah ke selatan Gaza boleh dianggap umpama “hukuman mati”.

Badan dunia itu juga turut mengulangi gesaan untuk penghantaran segera bekalan perubatan, bahan api, air bersih, makanan dan bantuan kemanusiaan lain ke Gaza melalui Rafah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan