Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media di Bintulu hari ini. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Terima kasih kembalikan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 15 Okt: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan Pelabuhan Bintulu.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, ini kerana perkara itu merupakan salah satu agenda yang diperjuangkan oleh wilayah ini menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata beliau, pelabuhan berkenaan milik Sarawak dan sebelum ini persetujuan yang dicapai ialah Kerajaan Persekutuan akan membantu pembinaannya ketika itu berikutan masalah dana.

Jawatankuasa percepat proses penukaran status Pelabuhan Bintulu ditubuh – Uggah

“Bagaimanapun kita tidak pernah menukar sebarang ordinan.

“Oleh itu saya berterima kasih kepada Perdana Menteri yang bersetuju untuk kembalikan Pelabuhan Bintulu sewaktu bentangkan Belanjawan 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara di sini hari ini.

Jawatankuasa percepat proses penukaran status Pelabuhan Bintulu ditubuh – Uggah

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada kerajaan negeri.

Sementara itu Abang Johari menegaskan, beliau juga akan terus mempertahankan hak-hak Sarawak yang terhakis di bawah MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan