Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Konvensyen Khas PBB Zon Utara di Bintulu hari ini. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Sarawak sambut baik Belanjawan 2024 – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 15 Okt: Sarawak menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun penambahannya peruntukan untuk Sarawak tidak besar, namun pihaknya berterima kasih kerana memahami kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan.

“Terima kasih kerana memberi peruntukan yang besar kepada Sarawak walaupun RM5.8 bilion sahaja namun kementerian lain juga mempunyai peruntukan yang akan disalurkan untuk pembangunan di Sarawak,” katanya.

Belanjawan 2024: RM12.4 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dua Naib Yang di-Pertua Kanan PBB, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu Abang Johari berkata, beliau juga berterima kasih kerana kerajaan pusat akan menyerahkan semula Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak.

“Rundingan yang dibuat kini melibatkan aset pelabuhan itu,” katanya.

Belanjawan 2024: Sarawak antara negeri sumbang pendapatan negara, harus terima peruntukan lebih besar

Mengenai Pusat Kanser Sarawak pula, Abang Johari berkata kerajaan pusat akan membantu Sarawak untuk membangunkan pusat itu.

“Sarawak akan terlibat dengan infrastruktur dan perkakasan yang diperlukan manakala kementerian (Kementerian Kesihatan) akan memfokuskan pentadbiran pusat kanser itu,” katanya lagi.

Abang Johari berkata tumpuannya selepas Belanjawan 2024 ialah mahu meneliti Peruntukan Khas di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan.

Pada Januari lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas kepada Sarawak daripada RM16 juta kepada RM300 juta setahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan