Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap dalam sidang media selepas hadir ke Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara di Dewan Suarah Bintulu. Foto: Muqri Aziz (TVS)

GPS bakal calonkan anak tempatan pada PRK DUN Jepak – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 15 Okt: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 November depan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata, ketika ini senarai nama beberapa calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dikenal pasti telah dihantar kepada pihak berkuasa untuk proses tapisan.

Kita kehilangan pemimpin berdedikasi – Premier Sarawak

“Selepas calon kita mendapat clearance daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu kita akan umumkan.

“Yang pasti calon itu dari DUN Jepak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas PBB Zon Utara di sini hari ini.

Kita kehilangan pemimpin berdedikasi – Premier Sarawak

Yang turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dua Naib Yang di-Pertua Kanan PBB, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Kita kehilangan pemimpin berdedikasi – Premier Sarawak

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2021, Talib menang kerusi berkenaan bagi penggal kelima berturut – turut dengan majoriti 4,243 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Hari Penamaan Calon PRK DUN Jepak pada 21 Oktober ini manakala undi awal pada 31 Oktober.

Kita kehilangan pemimpin berdedikasi – Premier Sarawak

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 3 November. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan