Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Labuan. Foto hiasan, Envato.

Dua ditahan di Labuan disyaki perdagangkan manusia

ByBernama

LABUAN, 15 Okt: Polis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di pulau bebas cukai ini. 

Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata mereka diberkas Jumaat lepas di pusat bandar di sini, setelah polis menerima panggilan kecemasan daripada Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur.

“Kedutaan dihubungi dua wanita Filipina yang berjaya melarikan diri dari  lokasi mereka ditempatkan dan meminta diselamatkan,” katanya hari ini. 

Mohd Hamizi berkata satu pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) segera menyerbu sebuah pusat hiburan di sini.

“Mereka berjaya menyelamatkan lima wanita Filipina berumur antara 25 hingga 33 tahun yang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja di pusat hiburan itu,” katanya.

Beliau berkata Mahkamah Majistret membenarkan tahanan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 21 Okt ke atas dua individu itu untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1559/63.

Mohd Hamizi menggesa orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah atau aktiviti penyeludupan manusia dengan polis sebagai usaha untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan