Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan ahli Pesaka Bumi Putera (PBB) hadir ke Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara di Dewan Suarah Bintulu. Foto: UKAS

Calon GPS DUN Jepak diumumkan Rabu ini – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 15 Okt: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan diumumkan pada Rabu ini kata Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, beberapa calon berpotensi kini dalam fasa penapisan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apabila calon-calon tersebut telah mendapat ‘clearance’ daripada PDRM dan SPRM, kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera (PBB) 2023 Zon Utara di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dua Naib Yang di-Pertua Kanan PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utok dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Jepak pada 4 November depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan