Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 2,000 ahli PBB Zon Utara hadir konvensyen khas parti itu di Bintulu hari ini. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beri kepercayaan kepada Abang Johari pilih calon terbaik PRK DUN Jepak

ByMuqri Aziz

BINTULU, 15 Okt: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu ahli – ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi sokongan penuh kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak

Awang Tengah yang juga Timbalan Yang di-Pertua PBB berkata, ini selari dengan usul perwakilan yang memberi kepercayaan penuh kepada Abang Johari.

GPS bakal calonkan anak tempatan pada PRK DUN Jepak – Abang Johari

“Apa yang penting ialah ahli PBB bersama dengan PBB Cawangan Jepak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu memastikan kejayaan cemerlang pada PRK DUN Jepak akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Utara yang dihadiri lebih  2,300 perwakilan di sini hari ini.

Konvensyen berkenaan dirasmikan oleh Yang di-Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu beliau memaklumkan, Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan untuk membangunkan Jepak sebagai Bandar Satelit.

Kata Awang Tengah, Bandar Satelit itu dijangka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di samping menarik pelaburan baharu di kawasan tersebut.

“Ini termasuk menjadikan Jepak sebagai sebuah pusat pertumbuhan ekonomi untuk tujuan berdagang, pusat pentadbiran serta pembangunan perumahan di kawasan itu,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan