Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARii yakin skim yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 itu mampu terus memperkukuh industri EV dan ekosistem mobiliti hijau negara. Foto hiasan Envato.

Belanjawan 2024: Sasaran 15 peratus jualan motosikal EV bakal tercapai menjelang 2030

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dijangka akan meningkatkan permintaan dan penggunaan motosikal elektrik di negara ini seiring dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15 peratus jumlah jualan motosikal kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030, kata Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Ketua Pegawai Eksekutif MARii Azrul Reza Aziz berkata skim yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 itu mampu terus memperkukuh industri EV dan ekosistem mobiliti hijau negara.

Sudahkah Malaysia bersedia tampung penggunaan kenderaan elektrik?

“MARii yakin ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV.

“Skim ini akan menggalakan penggunaan motosikal EV dan secara tidak langsung membina keyakinan masyarakat terhadap penggunaan motosikal EV di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, skim yang selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) itu sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat dari segi keterangkuman terutama dalam pengunaan teknologi baharu, di samping menyumbang kepada sasaran karbon sifar negara menjelang 2050.

Sudahkah Malaysia bersedia tampung penggunaan kenderaan elektrik?

MARii turut menyokong pembuatan dan pemasangan EV dan Kenderaan Autonomi (AV) di Malaysia melalui ekosistem yang sedia ada yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pembuatan komponen penting.

“Kesediaan infrastruktur, teknologi, bakat dan sokongan kerajaan serta industri sokongan yang mantap seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan pengeluar komponen dalam rangkaian pembuatan bateri EV merupakan penyumbang utama Malaysia sebagai hab bagi industri EV,” katanya.

Selain itu, MARii turut menyokong pembangunan ekosistem EV yang komprehensif ini melalui kerjasama dengan pemegang taruh seperti pengeluar kereta, pemasangan motosikal, pembuat kenderaan komersial, penyedia pusat pengecasan dan pengeluar komponen tempatan.

“Usaha ini turut disokong melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan, Pusat Simulasi dan Analisis MARii, Pusat Prototaip Reka Bentuk dan Kejuruteraan MARii, dan Akademi Teknologi MARii yang berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ekosistem automotif Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan