Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki warga emas berusia 72 tahun ditemui di dalam Sungai Ketil di Kampung Kuala Cenerai, Kuala Pegang di Baling hari ini. Foto: IPD Baling

Bapa hilang ingatan hilang dari rumah, ditemui mati dalam sungai

BALING, 15 Okt: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Kuala Cenerai, Kuala Pegang di sini ditemui mati di dalam sungai hari ini.

Mayat mangsa, Abd Aziz Md Lazim, 72, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 12 tengah hari di dalam Sungai Ketil yang terletak di belakang rumahnya dipercayai akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada anak perempuan mangsa yang memaklumkan bapanya didapati tiada di dalam bilik tidur kira-kira pukul 8.50 pagi semalam.

Ujarnya, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas usaha mencari lelaki yang menghidap penyakit strok dan hilang ingatan tersebut gagal.

“Operasi SAR dijalankan hari ini di Sungai Ketil selepas Unit Anjing Pengesan (K9) polis telah mengesan beberapa lokasi laluan mangsa.

“Operasi itu membabitkan kawasan sejauh kira-kira 5 kilometer dari tempat mangsa dikhuatiri terjatuh dengan pembahagian empat zon kawasan pencarian.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh unit penyelam bomba kira-kira 100 meter dari tebing sungai tempat dia dipercayai terjatuh di belakang rumahnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Shamsudin, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim dekat sini bagi urusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan