GAZA, 15 Okt: Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin
Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.
PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin
Beliau berkata seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.
PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin
Sejak 7 Okt lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita. -TVS