KUALA LUMPUR, 14 Okt: Padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini masih memerlukan masa dua hingga tiga bulan sebelum ia sedia digunakan, menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
TMJ menyuarakan pendapat bekenaan di laman X, susulan kualiti permukaan padang di Stadium Nasional itu yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia di persoal peminat bola sepak tanah air selepas perlawanan Pestabola Merdeka 2023, malam tadi.
This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. @FAM_Malaysia kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan. pic.twitter.com/qWDcgUE4yN
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2023
Rumput di gelanggang keramat Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian semasa perlawanan Malaysia menewaskan India 4-2 pada aksi pertama kejohanan tersebut.
Harimau Malaya 'mengaum' apabila berjaya mempamerkan taring sebenar dan hanya selangkah daripada merangkul gelaran ke-13 Pestabola Merdeka dengan mengejutkan India, 4-2, dalam aksi edisi 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Harimau Malaya, yang menghuni ranking… pic.twitter.com/ntMDWHfeTx
— TVS (@tvstvmy) October 13, 2023
TMJ memaklumkan padang baharu itu sepatutnya diberi masa untuk akarnya tumbuh dengan kuat sebelum digunakan seperti padang di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang rasmi JDT, di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
“Tetapi pasukan kebangsaan nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa,” menurutnya ketika membalas hantaran seorang pengguna yang mempersoalkan keadaan padang tersebut.
Semalam,TMJ, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), merasmikan padang baharu itu dengan proses penukaran rumput ditaja oleh beliau. – TVS