Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa sidang media Padawan Raft Safari. Foto: TVS

RM300 juta Pemberian Khas Interim jadi asas rundingan tetapkan formula pemberian masa hadapan

KUCHING, 14 Oktober: Keputusan kerajaan untuk meningkatkan kadar Pemberian Khas Interim kepada RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak satu lonjakan yang besar berbanding jumlah yang diberikan sebelum ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penetapan jumlah interim itu memberikan asas kepada rundingan bagi menetapkan formula pemberian khas itu di masa hadapan berlandaskan kekuatan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun kata beliau, kebijaksanaan dalam mengurus dana yang diberikan itu menjadi perkara penting yang perlu diberikan fokus utama agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan manfaat kepada rakyat.

“Kita boleh mendapat dana yang besar jumlahnya tetapi jika kita tidak dapat membelanjakannya untuk kebaikan rakyat ia tidak memberikan apa-apa makna.

“Oleh demikian, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak menerusi agensi-agensi tertentu perlu duduk bersama untuk mencari kaedah atau formula yang sesuai untuk perkara tersebut,” katanya pada sidang media Padawan Raft Safari di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, banyak perkara perlu diberikan perhatian oleh semua pihak bertanggungjawab dalam menguruskan setiap dana yang diperuntukkan itu supaya ia mencapai matlamatnya.

Ia kerana, setiap perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan perlu melalui proses-proses tertentu dan mempunyai tempoh masa matangnya.

“Banyak perkara yang perlu kita perhalusi sama ada ia dapat dilaksanakan dengan baik (pengurusan dana) dan jika kita tidak dapat memanfaatkan dana tersebut sebaiknya jadi ia satu kegagalan,” katanya.

Kali terakhir kajian semula mengenai dana pemberian khas kepada kedua negeri tersebut dilakukan adalah pada 1969 dan 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan