Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fathi Hambali (empat kanan), Sharkawi Dora (tiga kiri) bersama tetamu lain memotong kek reunion dan kek hari jadi pesara bulan Oktober. Foto: TVS

Pelbagai aktiviti erat hubungan pesara dan pekerja HDC

KUCHING, 14 Okt: Kelab Pesara Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama sekali gus dapat mengeratkan hubungan di kalangan pesara dan warga pekerja semasa.

Pengerusi Penganjur Majlis Reunion Pesara dan Bekas SPPS/HDC Ke-2, Sharkawi Dora berkata, antara cadangan aktiviti ialah perlawanan persahabatan bola sepak dengan menggunakan padang perumahan.

“Salah satunya beliau (Ketua Pegawai Eksekutif) mencadangkan agar bekas-bekas, warga ataupun pesara untuk buat kolaborasi. Kita telah menerima jemputan dari pihak perumahan untuk pesara-pesara dan bekas pemain bola sepak.

“Mereka diberi kebenaran untuk menggunakan padang perumahan seminggu sekali, dan seterusnya mengadakan pelawanan persahabatan warga yang masih bekerja bersama warga pesara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Reunion Pesara dan Bekas SPPS/HDC Ke-2 dengan tema ‘Tiada Yang Lama Tiada Yang Baru’ di Hotel Serapi Jalan Kulas, Jumaat malam.

Menurutnya, kelab pesara tersebut turut berbincang untuk menubuhkan koperasi perumahan yang melibatkan warga pesara.

“Beliau (Ketua Pegawai Eksekutif) ada mencadangkan untuk menubuhkan koperasi perumahan, beliau mungkin mencadangkan setiap warga yang bersara boleh dibawa bersama dalam koperasi,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Ekekutif HDC, Fathi Hambali dan Pengerusi Pustaka Negeri Sarawak, Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Haji Zen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan