Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS.

MYAirline perlu mitigasi sebelum gantung operasi serta merta – Abdul Karim

KUCHING, 13 Okt: Penggantungan operasi serta-merta oleh syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd. (MYAirline) merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata syarikat penerbangan tersebut harus melakukan langkah mitigasi sebelum menamatkan operasi susulan penggantungan operasi serta-merta semalam, telah menyebabkan ramai penumpang MYAirline mengalami kerugian serta terkandas.

“Maksud saya, mereka tidak boleh menghentikan operasi secara serta-merta.

“Bagi saya itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan memalukan kepada pihak operator yang mengurusnya.

“Sekurang-kurangnya mereka perlu menyediakan indikator atau langkah mitigasi sebelum mereka menamatkan operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Borneo Opera Festival Gala Night 2023 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis.

Abdul Karim juga berharap Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mencari jalan untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya berharap pihak berkaitan terutama Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ambil tindakan dan pastikan masalah sebegini tidak berulang di masa akan datang.

“Ia nya adalah tindakan tidak berasas daripada syarikat MYAirline dengan mengambil keputusan drastik seperti itu.

“Pada saya, pengangkutan jaringan udara sudah menjadi keutamaan kepada pengguna di Sabah dan Sarawak kerana kita tiada pengangkutan lain,” ujarnya.

Terdahulu, syarikat penerbangan MYAirline mengumumkan akan menghentikan operasi bermula semalam, 12 Oktober 2023 akibat mengalami krisis kewangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan