Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini. Foto: Tangkap layar Ihsan RTM

Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori pada 1 Ogos 2024 – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh bermula 1 Julai 2025.

“Nombor Pengenalan Cukai (TIN) akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois. Ini dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya agensi penguatkuasaan juga akan terus memperhebat usaha sama menangani ketirisan hasil.

“Langkah kawalan penyeludupan rokok umpamanya telah menyumbang kepada 56.6 peratus pada 2022 ketimbang 63.8 peratus pada 2020.

“Memandangkan bilangan rokok tidak sah masih tinggi di pasaran, kerjasama antara agensi akan dipertingkatkan termasuk memperketatkan kawalan penyeludupan minuman keras,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan