Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Persidangan Haiwan Asia Sarawak 2023 hari ini. Foto: TVS

Belanjawan Sarawak 2024: Bantu SSPCA bangunkan ‘Animal Village’ – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Okt: Peruntukan untuk membantu Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA) Sarawak membangunkan ‘Animal Village‘ (penempatan baharu) akan dirangkumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024.

Khabar baik itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Persidangan Haiwan Asia Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sarawak setuju bangunkan ‘Animal Village’ | TVS

“Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu pembangunan ‘Animal Village‘ itu nanti, yang akan meningkatkan penglibatan ekonomi,” kata beliau.

SSPCA yang ketika ini bertapak di kawasan Kota Sentosa pernah terkesan dengan banjir sekali gus telah menjejaskan pengoperasian mereka terutama sekali menggugat faktor keselamatan haiwan yang ditempatkan di situ.

Menurut Presiden SSPCA, Datin Dona Drury Wee, Animal Village yang merupakan perkampungan haiwan itu bakal bersifat canggih dibangunkan di atas tanah seluas lebih kurang 1.2 hektar yang dianugerahkan juga oleh Kerajaan Sarawak.

Kawasan cadangan penempatan baharu itu menurut Dona, terletak di Sungai Tapang berkapasiti menempatkan kira-kira 170 ekor kucing dan anjing pada satu-satu masa.

“Ini adalah matlamat SSPCA, untuk mengubah persepsi terhadap haiwan dan kebajikan mereka dengan menubuhkan Animal Village ini.

“Selaras dengan matlamat Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030, kita harus berlaku baik terhadap haiwan, mempromosikan pendidikan tentang kebajikan haiwan dan memupuk budaya belas kasihan, hormat dan tanggungjawab terhadap haiwan dan makhluk bernyawa,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di persidangan berkenaan.

Untuk rekod, setakat ini terdapat 500 ekor kucing dan anjing ditempatkan di pusat perlindungan haiwan SSPCA di Kota Sentosa dengan tapak seluas 0.6 hektar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan