Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menunjukkan beg dokumen berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI sebaik tiba di Dewan Rakyat hari ini. Foto: Bernama

Belanjawan 2024: Penyasaran semula subsidi secara berfasa mulai 2024 – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan keperluan Belanjawan 2024 yang dijangka mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion pada Belanjawan 2023 adalah akibat langkah kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi, walaupun berdepan kenaikan luar jangka harga komoditi dunia.

“Sekali pun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah telah meningkatkan ketirisan serta penyeludupan ke luar negara, malah subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

“Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan