Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiap untuk ke Parlimen membentang Belanjawan MADANI 2024. Foto: Anwar Ibrahim (Twitter)

Belanjawan 2024: Kerajaan dijangka laksana cukai minimum global pada 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada  2025 setelah mengambil kira maklum balas daripada industri dan perkembangan terkini antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata cukai tersebut juga hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro.

“Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

“Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan