Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Hii Chang Kee menyampaikan sijil pengiktirafan kepada wakil agensi kerajaan sebagai rakan pembimbing Sarawak Civil Service Khidmat Sokongan Pekerja (SCS-KSP) di Kuching, hari ini. Foto:TVS

Tingkat khidmat psikologi dan kaunseling ke arah kesejahteraan penjawat awam

KUCHING, 12 Okt: Penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling perlu dipertingkatkan secara menyeluruh ke arah kesejahteraan penjawat awam, kata Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menurutnya, ia termasuk memberi keutamaan kepada Pegawai Tadbir (Psikologi) agar sentiasa diberi pendedahan dan latihan bagi memperkasakan diri agar dapat memperluaskan peranan berdasarkan kompetensi dan kepakaran.

“Hala tuju perkhidmatan psikologi dan kaunseling Perkhidmatan Awam Sarawak menekankan pengurusan psikologi secara inklusif dan progresif.

“Pendekatan psikologi dijadikan perkara yang penting dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam Perkhidmatan Awam Sarawak berada dalam tahap optimum dengan pelaksanaan pelbagai program kesedaran, intervensi, pembangunan, penilaian dan penyelidikan yang berkaitan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datu Hii Chang Kee ketika mewakilinya merasmikan penutupan Persidangan Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Sarawak Kesembilan di sini, hari ini.

Selain itu katanya wujud usaha ke arah mendigitalkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi memastikan perkhidmatan yang mudah capai, efektif dan komprehensif selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

“Menyedari tuntutan memperkasakan pembangunan modal insan Perkhidmatan Awam Sarawak, inisiatif awal pada tahun ini berfokuskan kepada program kesedaran selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kesejahteraan di tempat kerja.

“Kesejahteraan di tempat kerja merupakan salah satu penyumbang yang signifikan terhadap produktiviti anggota perkhidmatan awam.

“Keseimbangan antara kerja dan gaya hidup sihat amat penting bagi memastikan penjawat awam mampu memberikan prestasi kerja yang baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan