Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh ketika mewakili Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis perasmian Seminar Heart of Borneo 2023: Ekspedisi Saintifik Gerenai-Long Mekaba di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sarawak semak semula rangka kerja inisiatif Heart of Borneo

ByDouglas Elliot

KUCHING, 12 Okt: Sarawak kini sedang menyemak semula rangka kerja inisiatif Heart of Borneo (HoB) sebagai panduan pelaksanaan program itu sehingga 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dokumen berkenaan merupakan penambahbaikan dan dokumen tambahan kepada Rangka Kerja Pelaksanaan HoB Sarawak 2009.

Sarawak semak rangka kerja HoB selaras PCDS 2030 | TVS

“Pelaksanaan inisiatif HoB harus sejajar dengan dasar sedia ada dan agenda pembangunan Sarawak.

“Ini merangkumi koridor pembangunan, inisiatif ekonomi digital, program transformasi luar bandar dan agenda sosioekonomi yang lain,” katanya dalam teks ucapan majlis perasmian Seminar Heart of Borneo 2023: Ekspedisi Saintifik Gerenai-Long Mekaba di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

“Memanfaatkan inisiatif HoB akan membolehkan Sarawak mempamerkan usaha positifnya dalam melibatkan komuniti tempatan dalam amalan kelestarian seperti projek sistem tagang dan ekopelancongan,” katanya lagi.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata kawasan HoB di Sarawak turut mengandungi enam empangan hidroelektrik di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Pengurusan kawasan ini secara mampan adalah penting bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi, kebajikan sosial, dan kelestarian ekosistem,” ujarnya.

Sementara itu, Len Talif berkata rangka kerja yang disemak itu juga selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

“Kita perlu mengemas kini program dan pendekatan asas dalam melibatkan komuniti setempat agar mereka turut meraih manfaat melalui penglibatan dalam program ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan