Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi

Sarawak kaji guna teknologi banteras vandalisme

KUCHING, 12 Okt: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan menimbangkan penggunaan teknologi terkini bagi membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan berkata perkara itu adalah antara isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi (TCCM) 2023 hari ini.

“Vandalisme telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada utiliti negeri ini. Pelbagai inisiatif anti vandalisme menggunakan teknologi terkini turut dibincangkan dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan,” katanya.

Objektif mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi itu antara lain adalah untuk melaporkan kemajuan dan prestasi projek oleh semua agensi di bawah kementerian berkenaan yang meliputi kemajuan fizikal dan cabaran yang dihadapi.

Jawatankuasa itu turut diberi taklimat mengenai perkembangan menara 4G di Sarawak pada mesyuarat berkenaan.

“Bagi menara 4G, sejumlah 3,430 daripada 4,055 menara yang disiapkan sudahpun beroperasi (on air). Selebihnya dijangka pada suku ketiga tahun depan.

“Bagi tapak 5G, sejumlah 341 daripada 589 tapak telahpun disepadukan, menjadikan Kawasan Berpenduduk yang Diliputi (COPA-Coverage of Populated Area) sehingga kini 44.9 peratus.

“Tapak 5G selebihnya dijangka akan disepadukan hujung tahun ini, menjadikan liputan COPA menjangkau 60 peratus,” menurut kenyataan itu.

Seramai 130 peserta daripada pelbagai jabatan, kerajaan, syarikat telekomunikasi dan pembekal perkhidmatan menyertai TCCM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan