Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 533 pekerja syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Foto, MYAirline (FB).

MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini akibat masalah kewangan

ByElani Rosllan

KUCHING, 12 Okt: Syarikat penerbangan tambang murah tempatan, MYAirline mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa Khamis (12 Oktober).

Pengumuman dibuat menerusi satu kenyataan hari ini berkaitan syarikat tersebut memberitahu keputusan sukar terbabit diambil berikutan tekanan kewangan selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline melalui kenyataan tersebut.

MyAirline turut memaklumkan penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Untuk sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi customercare@myairline.my untuk mendapatkan bantuan sokongan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan