Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Michalis Rokas pada sesi kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kesatuan Eropah sedia jalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam tenaga hijau

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Okt: Kesatuan Eropah (EU) sentiasa terbuka dengan cadangan dan pandangan terutama membabitkan teknologi hijau dan ekonomi hidrogen.

Duta Besar EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata EU mempunyai teknologi yang bersesuaian dalam membantu menyumbang kepada dasar tenaga hijau Sarawak.

“Kami telah berbincang (dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) mengenai dasar tenaga hijau Sarawak seperti penggunaan bahan bakar bio mampan, hidrogen hijau, amonia dan juga bahan bakar mampan penerbangan serta prinsip-prinsip ekonomi.

“Kesatuan Eropah mempunyai teknologi terkemuka dan kepakaran dalam bidang ini dan kami bersedia untuk melabur serta bekerjasama dengan negeri ini.

“Saya sangat gembira dapat berbincang dengan Premier berkenaan dengan digitalisasi kerana Kesatuan Eropah juga mempunyai teknologi yang boleh membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Katanya lagi, beliau mengakui Sarawak mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga hijau melalui pelbagai sumber alam semulajadi dan potensi itu sedang giat diterokai oleh kerajaan negeri.

“Negeri ini juga perlu mengasah bakat rakyat demi menyokong dasar berkenaan dan di Kesatuan Eropah, kami juga mengadakan latihan untuk tujuan tersebut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan