Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM menahan empat individu yang terdiri daripada dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah yang disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Pengarah jabatan kerajaan antara empat individu ditahan SPRM disyaki babit suapan jutaan ringgit

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu yang terdiri daripada dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah yang disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak di sini, ketika diminta hadir memberikan keterangan.

“Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 hingga 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta.

“Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada pagi ini untuk permohonan reman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan