BANGKOK, 11 Okt: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak.
Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel.
“Beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, telah pun dipindahkan ke zon selamat. Mereka akan tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian,” katanya pada sidang media pada Rabu.
Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.
Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat penerbangan komersial untuk menghantar pulang lebih ramai warga Thailand.
Beliau berkata kumpulan pertama dijangka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 10.35 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, manakala kumpulan kedua dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Don Mueang pada 4.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin. -TVS