Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail TVS.

Kerajaan Perpaduan yakin GPS mampu kekalkan kerusi DUN Jepak

KUCHING, 11 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Beliau percaya dengan jentera parti yang kuat akan dikerah GPS memastikan kemenangan di kerusi DUN itu.

GPS mampu kekalkan Jepak – Ahmad Zahid | TVS

“Jika jentera Kerajaan Perpaduan diperlukan, kami akan turun dan sokong GPS untuk memenangi kerusi DUN Jepak,” katanya secara ringkas ketika ditanya sama ada Kerajaan Perpaduan akan membantu GPS dalam PRK Jepak pada 21 Oktober ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) No. 2/2023 di Kuching hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Hari Pengundian PRK DUN Jepak ialah pada 4 November depan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 21 Oktober manakala 31 Oktober adalah sebagai Undi Awal.

Azmi berkata, tempoh berkempen bagi PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 3 November.

Katanya, pelaksanaan PRK DUN Jepak ini dianggar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan