Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor. Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Nor berdisiplin laksana tugas – Idris Buang

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Okt: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang menyifatkan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor sebagai seorang yang berdisiplin dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas.

Menurutnya, Allahyarham juga yang memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

“Satu penghormatan untuk saya berkongsi tentang Allahyarham kerana beliau seorang rakan yang baik, suka berjenaka dan mudah tersenyum.

“Meskipun begitu, beliau memiliki etika kerja yang sangat dikagumi, berdisiplin dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah, Kuching, pada Selasa.

Jenazah selamat dikebumikan jam 11 pagi, hari ini di Tanah Perkuburan Islam Semariang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan