Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyampailan sijil penyertaan kursus pemantapan sukarelawan kebajikan kepada salah seorang peserta. Foto: TVS

Poliklinik Limbang baharu bakal dibina, atasi masalah kesesakan di Hospital Limbang – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 9 Okt: Pembinaan sebuah Poliklinik baharu yang bakal dibina di kawasan Bandar Baru Limbang, merupakan usaha berterusan kerajaan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat terutama di utara negeri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pada masa ini pihaknya sedang menunggu kelulusan bagi pembinaan Poliklinik terbabit.

Jelasnya, pembinaan Poliklinik itu penting bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Limbang.

“Kita juga berusaha untuk menambah dan menaik taraf keadaan perkhidmatan kesihatan kita dan kita tengah menunggu kelulusan bagi pembinaan sebuah Poliklinik Limbang di Bandar Baru Limbang.

“Poliklinik ini adalah untuk pesakit luar bila pesakit luar dipindah bersama dengan Jabatan Kesihatan maka ada ruang untuk bangunan hospital pakar dibina di kawasan Hospital Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Makan Malam Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Limbang (PSK) 2023 di Dewan Kampung Bunga Raya di sini, malam tadi.

Pada masa sama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, pihaknya juga sedang menunggu peruntukan untuk pembinaan bangunan hospital pakar di Limbang.

Peruntukan itu katanya, penting bagi mendapatkan sebuah bangunan ataupun kompleks hospital pakar sekali gus menempatkan lebih ramai pakar perubatan ke hospital berkenaan yang kini diiktiraf sebagai hospital pakar minor.

“Di Limbang sudah diiktiraf sebagai hospital pakar minor dan sudah banyak pakar-pakar ditempatkan di Limbang tetapi tidak ada kemudahan, bangunannya tidak ada. Jadi kita menunggu Poliklinik pindah, baharu dapat membuat bangunan hospital pakar, ini pun masih dalam perancangan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berharap Belanjawan 2024 yang dibentang pada 13 Oktober ini akan memberi penekanan terhadap kenaikan harga barang selain isu kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Kerajaan juga perlu memberi perhatian utama kepada kenaikan harga barang keperluan seperti gula dan beras agar kebajikan rakyat terus terjamin,” ujarnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan