Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemberian subsidi bagi Beras Putih Import adalah ekoran pengeluaran Beras Putih Tempatan yang terhad di Sabah dan Sarawak. Foto hiasan: Envato

Pemberian subsidi beras untuk Sabah dan Sarawak bantu stabilkan harga

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kerajaan telah memberi subsidi bagi beras putih import untuk Sarawak, Sabah dan Labuan bermula 5 Oktober lepas bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan beras mencukupi dengan harga stabil dan terkawal.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemberian subsidi RM950 per tan metrik Beras Putih Import (BPI) ekoran pengeluaran Beras Putih Tempatan (BPT) yang terhad di Sabah dan Sarawak.

“Melalui kaedah ini, harga runcit BPI di kedua-dua negeri ini akan menjadi Pemberian Subsidi Bagi BPI di Sabah, Labuan dan Sarawak harga maksima RM31 bagi sekampit 10 kilogram,” katanya pada persidangan Dewaan Rakyat di sini, hari ini.

Ujarnya, dalam memastikan bekalan beras negara mencukupi dan kekal stabil, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) perlu mengimport BPI walaupun pada harga pasaran lebih tinggi bagi menampung keperluan penduduk sebanyak 37 peratus.

Namun demikian, BERNAS masih mengekalkan harga jualan BPI di pintu gudang pada harga RM2,350 per tan metrik dengan menyerap kesan kenaikan harga beras import sejak tahun lepas.

Perkara ini berisiko menjejaskan operasi perniagaan dan kedudukan kewangan BERNAS serta 10 obligasinya kepada kerajaan.

“Berikutan kenaikan harga beras putih import di pasaran dunia secara mendadak selepas larangan eksport oleh Kerajaan India, BERNAS telah mengumumkan pelarasan harga jualan BPI di pintu gudang BERNAS seluruh negara daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik berkuat kuasa pada 1 September 2023 sejajar dengan harga terkini BPI di pasaran antarabangsa,” tambahnya.

Mengulas mengenai status semasa kedudukan stok beras negara, Mohamad Sabu memaklumkan jumlah stok bekalan beras sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik stokpail kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan.

Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Jelas beliau, fenomena kenaikan harga beras ini bukanlah isu tempatan yang hanya berlaku di Malaysia sahaja malah turut melibatkan negara serantau.

Sehingga kini 19 negara telah membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Sebagai contoh India telah mengenakan sekatan eksport beras putih mulai Julai 2023. India merupakan negara utama pengeksport beras dengan menyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia pada 2022 merangkumi jumlah eksport sebanyak 22 juta tan metrik bernilai sekitar USD9.66 bilion.,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan