Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Doris Sophia Brodi sedia memainkan peranan dalam merealisasikan aspirasi Sarawak muncul sebagai negeri jelapang padi. Foto: TVS

Jelapang padi: Doris sedia kongsi aspirasi dengan rakyat jayakan matlamat

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodi sedia memainkan peranan ke arah merealisasikan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai negeri jelapang padi pada 2030.

Beliau akan turun padang menyantuni rakyat menerusi pelbagai program berbentuk pendidikan bagi memastikan penduduk setempat khususnya di Tanjung Bijat, Sri Aman memahami aspirasi ini.

“Saya sangat teruja mendengar perkara yang disampaikan oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bahawa kita akan menggunakan benih hibrid yang boleh dituai tiga kali setahun. Ini bermakna keuntungannya juga tiga kali ganda.

“Kita perlu memberi pendidikan kepada penduduk setempat kerana aspirasi ini bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi mereka tetapi juga mampu memastikan keterjaminan makanan di Sarawak,” katanya kepada TVS di lobi Bangunan Parlimen selepas persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak telah mengenal pasti beberapa kawasan yang mempunyai keluasan lebih 10,000 hektar bagi meningkatkan pengeluaran padi sekali gus memastikan keterjaminan makanan di Sarawak.

Antara kawasan lain yang turut dikenal pasti ialah Lubok Punggor, Tanjung Bijat, Spaoh dan Tanjung Burung.

Dalam pada itu, Doris memaklumkan isu yang membimbangkan ketika ini ialah kenaikan harga barang terutamanya beras.

“Saya sering menekankan mengenai isu keterjaminan makanan kerana saya lihat negara kita bergantung dengan makanan import dari negara luar,” katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat, Doris membangkitkan mengenai strategi dan usaha terkini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi mengawal kenaikan mendadak harga barang sejak kebelakangan ini.

“Saya membangkitkan soal ini kerana kita melihat di berita-berita bahawa terdapat aktiviti monopoli dan pencatutan dijalankan oleh pembeli dan pembekal, Ini menyebabkan kenaikan harga barang. Saya berharap kementerian pantau perkara ini dan jalankan inisiatif secara strategik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan