Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indeks Pencemaran Udara di Kuala Lumpur pada 6 petang hari ini mencatatkan bacaan 154. Foto: Bernama

Fenomena jerebu dijangka tidak berpanjangan

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan jerebu di negara ini tidak berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementerian melalui METMalaysia bersedia melakukan operasi pembenihan awan sekiranya jerebu berterusan dan keadaan kualiti udara semakin merosot.

“Sekiranya jerebu berterusan dan keadaan kualiti udara semakin merosot (IPU 151 – 200 melebihi 24 jam), Kementerian melalui MET Malaysia bersedia melakukan Operasi Pembenihan Awan di bawah penyelarasan NADMA dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya semasa persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, METMalaysia juga menyediakan ramalan sehingga lima hari pergerakan jerebu rentas sempadan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pada tahun ini Malaysia mengalami beberapa fasa jerebu.

Fasa pertama bermula pada 1 September 2023 hingga 6 September 2023 dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching, Sri Aman dan Serian berada pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU tertinggi yang direkodkan dalam tempoh itu ialah 154 di Sri Aman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan