Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Henry Sum Agong. Foto: TVS

Dua projek baharu bakal pacu kegiatan ekonomi Lawas

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Lapangan terbang baharu Lawas dan pelabuhan di Pulau Sari yang telah diluluskan pembinaannya bakal merancakkan lagi pembangunan di Lawas.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata kedua-dua projek ini membolehkan Lawas sentiasa mendapat bekalan keperluan mencukupi sama ada untuk kegunaan harian dan kegunaan industri.

“Semasa pandemik COVID-19 dahulu, kita memang susah mendapatkan bekalan makanan sama ada dari Miri, Sabah dan Brunei Darussalam kerana masing-masing ada peraturan dan penutupan pintu sempadan.

“Kita minta pertimbangan kerajaan untuk kelulusan kedua-dua projek iaitu Lapangan Terbang Lawas dengan panjang lebih 2,500 meter dan pelabuhan di Pulau Sari, Kuala Lawas,” katanya ketika ditemui TVS di lobi Parlimen semasa persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya, dua projek berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan pelabur dari China membawa masuk barangan berskala besar.

“Pelabuhan ini nanti akan berperanan sebagai hab membawa masuk peralatan berskala besar seperti besi dan simen untuk kegunaan industri,” ujarnya.

Tambahnya, beliau telah membawa pasukan penyelidik untuk membuat kajian bagi kesesuaian pembinaan pelabuhan di Pulau Sari.

Bagaimanapun, beliau terus berharap agar lebih banyak peruntukan diagihkan untuk pembangunan di luar bandar kerana kawasan seperti Parlimen Lawas masih memerlukan lebih banyak pembangunan.

Projek lain yang akan mengubah landskap Lawas ialah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas.

“Dengan kelulusan projek ini tidak bermakna pembangunan Lawas lengkap, kerana kita masih memerlukan penambahbaikan seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik yang kini sering terputus,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan