Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan bersama peserta Program Sarawak Career and Training (SCaT) Fair 2023 di Dewan Bandaraya Miri di sini hari ini. Foto TVS.

TEGAS persiapkan anak muda Sarawak dengan teknologi digital

MIRI, 8 Okt: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) komited mempersiapkan anak muda dengan kemahiran teknologi digital seiring dengan peredaran zaman.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, langkah oleh TEGAS itu bagi memastikan belia Sarawak mampu bersaing di peringkat global.

TEGAS giat usaha dedahkan pelajar dengan STEM dan keusahawanan

“TEGAS juga mahu pelajar menyedari kepentingan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Sarawak Career and Training (SCaT) Fair 2023 di Dewan Bandaraya Miri di sini hari ini.

TEGAS giat usaha dedahkan pelajar dengan STEM dan keusahawanan

Sementara itu, Snowdan yang juga Bendahari Lembaga Amanah TEGAS menyeru kerjasama rakan strategik seperti Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak serta agensi-agensi berkaitan untuk mengadakan lebih banyak program berimpak positif kepada belia.

“Begitu juga menjadi harapan saya agar anak muda melibatkan diri dalam program berkenaan kerana kemungkinan peluang kejayaan masa depan anda bermula di situ,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan