Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kutipan menerusi jualan produk petroleum dan gas sejak oleh Sarawak sejak 2019 cecah RM14.9 bilion. Foto hiasan Envato.

Sarawak kutip SST RM14.9 bilion hingga 6 Oktober lepas

BySalasiah Safian

BETONG, 8 Okt: Kerajaan Sarawak memperolehi kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) berjumlah RM14.9 bilion setakat 6 Oktober lepas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kutipan itu diraih menerusi jualan produk petroleum dan gas sejak cukai itu diperkenalkan pada 2019.

Tambah beliau, ia merupakan antara pencapaian Kerajaan Sarawak membangunkan negeri ini dalam tempoh 60 tahun.

“Sarawak berhak melaksanakan kutipan lima peratus cukai itu (namun) sememangnya bukan perkara mudah untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2023 Zon Betong hari ini.

DUN Sarawak : Cukai minyak dan gas sumbang RM8.52 bilion kepada negeri

Konvesyen itu dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Srti Abang Johari Tun Openg yang juga Yang di-Pertua PBB.

Berkongsi ‘sejarah’ kutipan SST itu, Douglas Uggah berkata, sebelum ini Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pengenaan cukai tersebut.

“Namun Premier Sarawak bertegas dan membawa perkara itu ke mahkamah dan Sarawak menang kes.

“Maka bermula 2019, Sarawak berhak mengutip SST untuk petroleum dan gas bagi menambah pendapatan.

“Jumlah kutipan SST sejak 2019 sehingga 6 Oktober 2023 adalah RM 14.9 billion,” katanya.

DUN Sarawak : Cukai minyak dan gas sumbang RM8.52 bilion kepada negeri

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi Baharu II Sarawak menambah, kadar kemiskinan di Sarawak telah menurun daripada 56.5 peratus pada 1976 kepada 10 peratus pada tahun lepas.

Kata Douglas Uggah, Sarawak juga telah diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai wilayah berpendapatan tinggi.

“Perkara ini jelas menunjukkan kejayaan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh PBB,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan