Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian ketika mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Malam Gala sempena Persidangan Saintifik Antarabangsa dan Pameran Perdagangan Persatuan Ortodontik Malaysia (MAOISCTE) ke-29 di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Pusat Kanser Sarawak penuhi keperluan penduduk Asia Tenggara – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Okt: Pusat Kanser Sarawak yang bakal dibina mampu menampung keperluan penduduk di Asia Tenggara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak berharap penubuhan pusat itu yang menelan kos RM1 bilion akan menjadi pusat rawatan kanser terkemuka di rantau ini.

“Walaupun kedudukan Sarawak jauh, kita sentiasa mahu dekat dan mengikuti perkembangan dunia terutama sekali dalam bidang sains bioperubatan yang saya percaya terletaknya kekuatan kita memandangkan potensi biodiversiti kita yang luas.

“Kerajaan Sarawak juga komited menyediakan dana RM200 juta untuk membina kemudahan tahap biokeselamatan 3 (BSL3) di luar bandar bagi tujuan penyelidikan, khususnya untuk pembangunan vaksin untuk penyakit tropika.

“Kita belajar semasa pandemik COVID-19 di mana dunia bergelut untuk mencari dan menghasilkan vaksin untuk membendung penularan penyakit itu,” katanya.

Mampukah Pusat Kanser Sarawak penuhi permintaan pesakit?

Dr. Sim membawa ucapan Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Persidangan Saintifik Antarabangsa dan Pameran Perdagangan Persatuan Ortodontik Malaysia (MAOISCTE) ke-29 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persidangan itu pula, Abang Johari berkata, pandangan serta idea baharu yang lahir menerusi persidangan itu nanti akan membantu Kerajaan Sarawak dalam bidang perubatan.

“Pertukaran idea dan perkongsian ilmu pada persidangan ini sudah pasti akan membawa kepada pandangan dan penemuan baharu dalam bidang kami.

“Kepakaran dan pengalaman pakar dalam bidang ini pasti akan memperkayakan pemahaman tentang disiplin, “ ujarnya.

Persidangan itu yang menghimpunkan pakar, panel dan golongan profesional dari dalam dan luar Sarawak untuk berbincang mengenai isu dan kepentingan semasa berkaitan ortodontik berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober di Kuching.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan