Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf bersama Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Ketua Masyarakat meninjau lokasi kejadian sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran. Foto: UKAS

Musim panas, waspada elak kebakaran

BINTANGOR, 8 Okt: Penduduk rumah panjang wajar meningkatkan kewaspadaan berikutan insiden kebakaran melibatkan kediaman itu yang dilaporkan kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, malapetaka kebakaran rumah panjang bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa tetapi juga jumlah kerugian yang amat besar.

Justeru katanya, sebarang bentuk aktiviti yang boleh menyumbang berlakunya kebakaran perlu dielakkan terutama ketika musim panas yang sedang melanda Sarawak sekarang.

“Saya ingin berpesan kepada seluruh warga rumah panjang agar sentiasa berhati-hati, jaga keselamatan dalam kawasan rumah dan kejiranan masing-masing.

“Kita tidak mahu tragedi kebakaran terus berulang apatah lagi ketika musim panas sekarang kerana api mudah merebak dan mendatangkan risiko kebakaran lebih besar,” katanya selepas menyempurnakan sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah James Brandah di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mahu program berasaskan kebombaan ditingkatkan kerana kebanyakan rumah panjang berada di pedalaman, selain mengambil masa lama untuk jentera bomba berada di lokasi kejadian.

Katanya, selain mengelak aktiviti yang boleh menyumbang kepada bahaya kebakaran, penduduk juga perlu meningkatkan ilmu kebombaan sebagai langkah pencegahan.

“Kebakaran adalah sesuatu tragedi yang tidak dapat diduga, selain berlaku akibat kecuaian sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai sumbangan pasukan bomba dan penyelamat yang aktif menjalankan program dan mendekati masyarakat rumah panjang di kawasannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan