Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemeriahan persembahan di Siniawan Music Country Festival 2023. Foto: TVS

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan ‘Siniawan Country Music Festival 2023’

BAU, 8 Okt: Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan acara tahunan ‘Siniawan Country Music Festival 2023’ bertemakan ‘Back to Country’, festival yang berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Oktober di Pekan Seniawan di sini, itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan orang ramai.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, sambutan penduduk tempatan sangat positif dan pihaknya akan sentiasa memberi sokongan untuk anjuran program yang akan datang.

“Setiap tahun sambutan memang baik dan luar biasa. Tahun demi tahun dengan banyak aktiviti terutamanya banyak makanan dapat dihidangkan dan tersedia untuk para pelancong serta tetamu yang datang dari dalam dan luar negara.

“Jadi kementerian kita memang memberi sokongan, ini merupakan platform untuk kita memastikan banyak aktiviti yang ada di setiap daerah atau bahagian seluruh Sarawak. Rami pengunjung yang datang, jadi ini sesuatu yang amat baik dan luar biasa, kalau kita lihat pekan kecil tapi pengunjung banyak sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis ‘Siniawan Music Country Festival 2023’ di Pekan Seniawan malam tadi.

Sementara itu, tinjauan krew TVS di sekitar festival mendapati ramai pengunjung yang hadir begitu teruja menyaksikan kemeriahan festival ini.

Salah seorang pengunjung yang ditemui Margaret Gereta, 66, berkata, ini merupakan kunjungannya kali pertama ke festival dan ingin merasai sendiri aktiviti yang diadakan.

“Pesta ini sangat meriah dan banyak orang datang dan saya dapat lihat bermacam-macam jenis makanan tetapi yang lebih menarik ialah country music festival ini.

“Kami datang di sini hendak menari dan ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke tempat ini dan dapat tahu daripada kawan,” kata Margaret.

Sementara itu, bagi Mukhlis Wirasari, ini merupakan pengalaman pertamanya melihat sendiri festival di Sarawak dengan konsep koboi.

“Ini kali pertama bagi saya dan ia sangat menarik kerana di Semenanjung Malaysia tidak ada acara seperti ini, ia unik untuk Siniawan.

“Saya turut teruja melihat pengunjung datang dengan bertemakan koboi dan membuat saya terasa seperti di pekan koboi ditambahkan lagi dengan muzik koboi,” ujarnya.

Tidak kurang juga bagi Ozie Tungging, baginya pelaksanaan festival seperti ini harus diteruskan untuk generasi akan datang di samping memperkenalkan budaya tempatan kepada orang luar dan mengetengahkan bakat anak muda.

“Ini merupakan kali ketiga saya datang ke sini sebab setiap tahun dan setiap kali ada festival saya akan hadir. Acara ini sangat bagus dan patut digalakkan kerana selain hiburan ataupun acara lain yang berkaitan Sarawak ataupun tradisional, etnik kita harus ada hiburan lain.

John Sloan, pelancong dari Australia yang turut hadir bersama isterinya bagi merasai sendiri kemeriahan festival berkenaan.

“Malam yang hebat dan saya berasa seronok dengan muzik yang bagus. Ini merupakan kali kedua saya di sini dan pasti akan kembali kerana orangnya mesra,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan