Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa. Foto, AFP.

Ketua Hamas isytihar permulaan ‘operasi tentera’ terhadap Israel

ByBernama

GAZA/ TEL AVIV, 8 Okt: Ketua tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan ‘operasi ketenteraan’ terhadap Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Matlamat Operasi Banjir Al-Aqsa adalah untuk menamatkan ‘pelanggaran’ Israel, kata Deif dalam kenyataan rakaman ringkasnya awal Sabtu.

Seorang wanita terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.

Wanita berusia sekitar 60 tahun itu cedera parah berhampiran bandar Gedera, menurut perkhidmatan menyelamat Magen David Adom.

Serangan besar-besaran dari Semenanjung Gaza datang secara mengejut.

Situasi kembali memuncak, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan