Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Festival Sri Jagannath Ratha Yatra 2023 ke-14, di Tebingan Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Keharmonian budaya dan agama cermin kestabilan Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Okt: Keharmonian dalam kepelbagaian budaya dan agama mencerminkan kestabilan Sarawak secara keseluruhannya.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, untuk memastikan Sarawak melangkah ke hadapan, antara indikator yang difokuskan negeri ini adalah mengamalkan sikap toleransi antara kaum.

Pada masa sama, katanya, pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 turut menjadi agenda utama dalam mempergiatkan keharmonian di Sarawak.

“Pada asasnya, PCDS 2030 ini menjadikan Sarawak negeri paling makmur dari segi ekonomi menjelang 2030.

“Kedua, kita mengamalkan dasar keterangkuman sosial dan ketiga pula ialah kelestarian dan kemampanan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Sri Jagannath Ratha Yatra 2023 ke-14, di Tebingan Kuching, malam tadi.

Mengulas lanjut, kata Dr Sim, selain rakyat dari Semenanjung Malaysia, masyarakat dari luar turut mengagumi negeri ini pada masa kini.

“Jadi, kagumilah (Sarawak) dan kami akan berkongsi cara dalam usaha mengekalkan keharmonian di sini.

“Ikut sahaja cara kami dan jangan khianati serta jangan jadikan pihak kami sering berbalah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan