Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. Foto: AFP

Israel – Palestin: Malaysia gesa sidang tergempar, lindungi nyawa orang awam

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Okt: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar susulan pertempuran Israel dan Palestin yang membunuh ratusan nyawa bermula pagi semalam.

Wisma Putra berkata, ini bagi menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Malaysia menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, menekankan keperluan untuk menghentikan segera kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan.

“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan,” jelas Wisma Putra menerusi kenyatan media di Putrajaya petang ini.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Sementara itu, Wisma Putra berkata, punca keganasan terbaharu itu mesti diakui.

“Rakyat Palestin telah mengalami pendudukan haram, sekatan dan penderitaan yang berpanjangan, penodaan Masjid Al-Aqsa, serta politik perampasan oleh Israel sebagai penjajah.

“Ketidakkonsistenan untuk bertindak ke atas rejim Israel menimbulkan persoalan penguatkuasaan seragam prinsip antarabangsa dan menyerlahkan keperluan untuk pendirian yang lebih konsisten dalam menangani pentadbiran apartheid,” menurut kenyataan itu.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Malaysia pada masa sama menekankan sepatutnya tidak wujud layanan yang tidak seimbang dan kemunafikan terang-terangan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid dan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Mengulangi hak undang-undang rakyat Palestin, Malaysia menegaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk hidup dengan aman dalam sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

“Ini termasuk hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan untuk pulang ke rumah dan harta mereka dari mana mereka telah dipindahkan,” kata Wisma Putra.

Sejak ketegangan tercetus pagi Sabtu, Kementerian Kesihatan Israel berkata sekurang-kurangnya 300 warga Israel terbunuh dan lebih 1,500 cedera dalam serangan itu.

Lebih 250 rakyat Palestin sementara itu terbunuh dan lebih 1,700 cedera akibat serangan udara Israel di Gaza. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan