Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdulah Saidol menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah James Brandah di Bintangor, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Semop.

Abdullah syor bantuan alat pemadam api untuk semua rumah panjang

BINTANGOR, 8 Okt: Bantuan khas kerajaan bagi menyediakan alat pemadam api untuk setiap pintu rumah panjang terutama yang sukar diakses bomba wajar dipertimbangkan, kata Datuk Abdullah Saidol.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) itu berkata langkah ini amat penting bagi dalam situasi kebakaran bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Datuk Abdullah meninjau kesan kebakaran Rumah James Brandah di Bintangor, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Semop.

“Pada masa yang sama saya menyokong dan akan membantu cadangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) rumah panjang yang ingin menubuh sukarelawan bomba. Saya memohon kerjasama pihak bomba bagi tujuan tersebut,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah James Brandah, Muara Bunut di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut mencadangkan agar Sarawak Energy menubuhkan pasukan khas bagi memantau sistem pendawaian khususnya di rumah panjang lama.

Usaha itu amat penting bagi mengelak litar pintas elektrik yang menjadi sebahagian punca utama kes kebakaran membabitkan rumah panjang.

Malah katanya, perkara itu perlu dipandang serius kerana insiden kebakaran di rumah panjang berbeza dengan rumah biasa yang mengundang risiko kerugian harta yang besar dan mungkin mengorban nyawa.

“Saya ada menerima permohonan (menaik taraf sistem pendawaian rumah panjang) dan memperuntukkan Geran Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tujuan itu,” jelasnya.

Beliau turut membangkitkan isu pemindahan tiang elektrik kepada Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang selain, permohonan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun depan untuk menaik taraf jalan utama menuju ke jeti rumah panjang berkenaan.

Beliau turut menzahirkan perasaan sedih dengan kejadian itu dan berharap mangsa bersabar menghadapinya.

Pada masa yang sama, Abdullah turut menyalurkan bantuan kewangan dan pelbagai barangan keperluan asas kpd lapan keluarga mangsa kebakaran. Turut dibantu ialah tujuh pelajar sekolah dibawa membeli pakaian seragam dan keperluan sekolah.

Beliau juga berpeluang menyaksikan penyerahan bantuan daripada Kelab UKHUWAH Meradong yang disampaikan pengerusi kelab itu, Ibrahim Abu Seman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan