BETONG, 8 Okt: Kesemua 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini menyokong penuh usul penambahan kerusi Parlimen oleh Naib Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Julaihi Narawi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam berkata, ini kerana Betong merangkumi kawasan yang luas dan memerlukan lebih ramai Ahli Parlimen untuk mewakili rakyat.
Selain itu katanya, Betong juga mempunyai penduduk yang agak padat dan berdepan isu logistik.
Parlimen: Segera atasi jurang sekolah bandar dengan luar bandar – Dr Richard
“Begitu juga dengan cadangan agar Sarawak mempunyai sekurang – kurangnya 12 parlimen baharu. Ini cadangan yang sangat tepat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Julaihi berhubung perkara itu.
Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata cadangan itu juga selaras dengan hasrat untuk membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kawasan parlimen di Malaysia.
Parlimen: Segera atasi jurang sekolah bandar dengan luar bandar – Dr Richard
Turut senada ADUN Kalaka, Mohamad Duri yang menyifatkatkan penambahan kerusi parlimen di Sarawak sebagai wajar.
“Ini bermakna suara kita didengari, banyak pembangunan yang kita masih perlukan.
“Penambahan kerusi parlimen akan menyebabkan peruntukan juga bertambah,” katanya.
Parlimen: Segera atasi jurang sekolah bandar dengan luar bandar – Dr Richard
Pada masa sama ujar beliau, ahli parlimen baharu itu kelak akan dapat membawa permasalahan rakyat selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63A).
Setakat ini, daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat, sebanyak 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung Malaysia manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi di Borneo, masing-masing 25 di Sabah dan 31 di Sarawak. – TVS