Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah (tiga kiri), Henry Sum, Ubaidillah dan Awangku Jinal Abedin (dua kanan) melihat pelan bangunan Pusat Perkhidmatan Mini Long Tuan. Foto: Adeng Idrus

Semua projek di bawah NRDA harus siap ikut jadual – Awang Tengah

LAWAS, 7 Okt: Semua projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara Sarawak (NRDA) harus disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah diluluskan kerajaan, tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau mahu projek pembinaan Bangunan Tadika Hikmah Lawas dan Pusat Perkhidmatan Mini di Long Tuan Trusan perlu disiapkan dan digunakan selewatnya awal tahun hadapan.

“Bagi projek pembinaan bangunan Hikmah dan Tadika Hikmah Lawas ini, kita dimaklum bahawa kerja-kerja lapangan hampir siap sepenuhnya dan menunggu untuk dilengkapi bekalan air dan elektrik.

“Kita juga melihat keperluan pejabat pentabdiran bangunan Hikmah ini diperkemas dengan pembinaan beberapa ruang yang boleh digunakan petugas di bangunan ini kelak,” katanya ketika lawatan kerja di bangunan Tadika Hikmah Lawas, pada Jumaat.

Menyentuh mengenai premis di Pusat Perkhidmatan Mini Ulu Trusan di Long Tuan, Awang Tengah telah mengarahkan agar pembinaan ruang untuk meletakkan tong sampah dipindah ke lokasi yang jauh di belakang.

“Ini perlu diubah kerana adalah tidak wajar tong-tong sampah diletak betul-betul di antara Dewan Masyarakat Long Tuan dan Pusat Perkhidmatan Mini ini.

“Pusat Perkhidmatan Mini ini telah hampir siap dan dilengkapi kemudahan ruang niaga, ruang makan dan beberapa ruang pejabat untuk perkhidmatan pejabat atau agensi kerajaan bergerak bagi memberi perkhidmatan yang diperlukan rakyat di kawasan Ulu Trusan ini,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan