Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain, menyerahkan cenderamata kepada Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (ketiga dari kiri) pada Majlis Ulangtahun ke 40 Rosewood Private Limited di Hotel Riverside Majestic. Foto: TVS

Sarawak giat bangunkan industri penternakan daging lembu, tingkatkan pengeluaran – Rundi

Kuching, 7 Okt: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) giat memastikan usaha untuk meningkatkan pengeluaran daging di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata hasrat itu dilaksanakan dengan atau tanpa masalah isu keselamatan makanan termasuk dengan pengeluaran padi agar terus diberikan tumpuan.

Ujar beliau, bagi menambah baik hasil pengeluaran daging lembu, sistem rantaian makanan yang sistematik dan menyeluruh perlu di tambah baik.

“Dalam memastikan pengeluaran daging lembu mencukupi, kita harus mencipta satu rantaian makanan yang menyeluruh baik dari kajian dan penyelidikan, pengeluaran, saluran pemasaran dan pemprosesan makanan secara hiliran.

“Setakat ini kita banyak mengimport lembu ternakan dari luar termasuk makanan haiwan dan sebagainya.

“Mutakhir ini, pihak kami masih mencari solusi terbaik dalam mengurangkan import-eksport defisit makanan kerana isu keselamatan makanan menjadi kebimbangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menghadiri Majlis Ulangtahun ke 40 Rosewood Private Limited di Hotel Riverside Majestic pada Jumaat.

Tambahnya, setakat ini kadar sara diri untuk pengeluaran daging tempatan hanya sekitar 12 hingga 14 peratus manakala baki tersebut adalah daging import.

Dalam pada masa yang sama, menurut Rundi kerajaan negeri komited dalam membangunkan industri penternakan lembu bagi memenuhi permintaan pengguna tempatan.

“ Tan Sri Aziz, menerusi SEDC, telah diberikan tugas dan amanah untuk memastikan bekalan daging mentah sentiasa mencukupi dan memastikan harga daging terkawal dan berpatutan.

“Kita juga mempunyai tempat di Karambungan.

“Banyak syarikat-syarikat swasta berminat untuk bekerjasama dan melihat potensi dalam membangunkan bekalan daging secara berskala besar di Sarawak.

“Saya berbangga kerana Tan Sri mempunyai idea yang cukup bernas dalam mentransformasikan strategi dari produk hiliran hingga ke saluran pemasaran.

“Saya kira ia akan memenuhi permintaan terutama di Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan