Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri ketika ditemui media berkenaan persiapan PRK DUN N.67 Jepak. Foto: TVS

Polis Sarawak rampas dadah bernilai RM128.7 juta, 7,557 tangkapan dilakukan

LUNDU, 7 Okt: Polis Sarawak merampas pelbagai jenisĀ  dadah bernilai RM128,790,159.63 sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri, pihak polis telah membuat 7,557 tangkapan berbanding 6,335 tangkapan dan RM 9,348,564.50 nilai rampasan dadah dalam tempoh sama pada tahun lalu.

ā€œBagi Daerah Lundu pula, seramai 92 tangkapan pesalah dadah dan rampasan dadah bernilai RM5,516 telah dibuat oleh pihak polis setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menghadiri Majlis Town Hall Discussion, Kontinjen Sarawak Tahun 2023 di Dewan Masyarakat Lundu, pada Sabtu.

Sementara itu, dalam pada masa yang sama, tambah Azman,bedasarkan statistik PDRM Sarawak, keadaan jenayah keseluruhan di Daerah Lundu adalah rendah dan berada dalam keadaan terkawal.

ā€œSetakat bulan September 2023, Sarawak mencatatkan 2995 jenayah indeks berbanding 2869 kes setakat bulan September.

ā€œIni menunjukkan penurunan jenayah indeks sebanyak 126 kes atau turun sebanyak 4 peratus setakat ini.

ā€œKeadaan ini adalah hasil kerja keras PDRM Sarawak amnya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu khasnya yang sentiasa berusaha melancarkan operasi pencegahan jenayah dan kempen pencegahan bagi membendung masalah jenayah,ā€ ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan