Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman(tengah) bergambar bersama masyarakat Simunjan semasa Program Taklimat Inisiatif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 di Dewan Mesra Simunjan di sini pada Sabtu. Foto: TVS

Pembangunan tidak datang bergolek, perlukan kepimpinan, perancangan

SIMUNJAN, 7 Okt: Setiap rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan gimik politik.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia mungkin memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk siap.

“Pembangunan tidak datang bergolek tetapi memerlukan kepimpinan, pelaksanaan, perancangan dan usaha.

“Jika ada yang berkata perkara itu mudah, ia tidak semudah yang disangka, tidak sama sekali.

“Sebab itu kita harus memberi keyakinan kepada kepimpinan kerajaan sedia ada, maka dengan kepercayaan ini negeri kita akan stabil,” katanya.

Tegasnya, setiap sokongan yang dibuat ia harus dinilai dengan bijak dan bukan secara membuta tuli.

Mengambil kira pergolakan politik negara sebelum ini, kata Fazzrudin, ia telah memberi implikasi kepada ekonomi negara bahkan berdepan kekurangan kemasukan pelaburan asing.

Atas sebab itu jelasnya, keyakinan rakyat kepada kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan negara sekali gus mensejahterakan masyarakat dalam jangka panjang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan